top of page

Assalamualaikum Warahmatullahiwabarokatuh

Salam Sejahtera. Alhamdulillah dan syukur saya Kehadrat Allah SWT dengan izinNya saya di berikan kesempatan merakamkan ucapan sepatah dua kata di dalam laman ini. Sesungguhnya peranan dan penglibatan suri dan pegawai wanita yang menjadi ahli PUSPANITA amat di hargai, kerana melalui sumbangan bakti yang di hulurkan secara sukarela kepada ahli dan masyarakat khususnya sekurang-kurangnya dapat membantu meringankan beban mereka yang memerlukan. Sejak dari awal penubuhan, sumbangan yang mereka hulurkan baik

di dalam bentuk wang ringgit dan keringat bakti mereka tidak

dapat di balas hulurkan baik di dalam bentuk wang ringgit dan keringat bakti mereka tidak dapat di balas dengan wang ringgit dan usaha mereka itu akan sentiasa di kenang sepanjang hayat. Saya sentiasa mendoakan agar semua program yang akan dilaksanakan akan mendapat manfaat kepada semua dan sumbangan yang di hulurkan secara sukarela akan sentiasa berterusan demi kesejahteraan negeri.

 

Inisiatif PUSPANITA Negeri Kedah membangunkan sebuah laman web ini di lihat sebagai salah satu langkah positif ke arah mendekati masyarakat , harapan saya laman ini akan dapat di manfaatkan sepenuhnya oleh semua ahli yang berada di seluruh pelusok negeri, yang terdiri dari gabungan ahli seumur hidup, pegawai dan kakitangan wanita, serta isteri-isteri pegawai yang sedang berkhidmat. Saya juga berharap, melalui laman ini, segala informasi, aktiviti dan maklumat terkini akan dapat disebarkan dan di kongsi secara bersama demi kepentingan semua, di mana ia juga di harapkan akan menjadi penghubung secara maya antara sesama ahli. Akhir kata , saya mendoakan agar semua ahli akan terus bertekad dan komited di dalam menjalankan aktiviti di samping memastikan tanggung jawab kita sebagai penjawat awam akan terus di laksanakan demi pembangunan dan kemakmuran negeri yang kita sayangi.

Salam hormat,

 

YB DATO’ PADUKA HAJI BAKAR BIN DIN, DSDK., AMK., BCK., BPL. 

Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman

Merangkap Penasihat PUSPANITA Negeri Kedah Darul Aman

Dibangunkan & Diselenggarakan Oleh : 

Biro Pembangunan ICT PUSPANITA Negeri Kedah Darul Aman 

PUSPANITA cawangan Kedah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini. 

Hubungi Kami :

PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah D/A, Pejabat Setiausaha Kerajaan, Wisma Darul Aman, Aras Bawah, Blok B, Wisma Darul Aman,  05503 Alor Setar, Kedah Darul Aman.


             Tel         : 04-774 4000 / 04-7744350
          Fax        : 04-7302246 / 04-7319910

          E-mail    : puspanitanegerikedahdarulaman@gmail.com

Hak Cipta Terpelihara © 2016 PUSPANITA Negeri Kedah Darul Aman.

bottom of page